
Alhamdulillah, pada hari ini Stokis kami telah dibuka dengan rasminya.
Dengan kehadiran para jemputan yang tidak menghampakan, terima kasih atas sokongan anda semua.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada para leader yang sanggup meluangkan masa mereka untuk menghadirkan diri ke majlis perasmian stokis kami ini. Terima kasih PJS Hj. Marjuni, PJS Hj. Jumani dan PJS Hj. Zainal.
Terima kasih juga diucapkan kepada Komuniti HPA Hutan Melintang, yang sanggup datang untuk memberikan sokongan moral. Dr. Yusof upline saya serta isteri, En. Misran dan Cikgu Zabidi, terima kasih diucapkan.
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang turut serta memberikan sokongan moral. Terima kasih atas sokongan kalian. Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.